Wanita Zaman Sekarang Materialistik, Betul Ke?

“Hantaran tinggi! Setiap minggu pergi ke Spa untuk manjakan diri! Pedicure, Manicure! Facial di salon, tidak mahu menggunakan barangan di dapur untuk berjimat, baju semua brand H&M, Padini, Uniqlo, belum lagi shawl yang high-branded……”

Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Pening si lelaki memikirkan kerenah pasangannya. Setiap bulan gaji, kalau tidak membeli barangan make up tidak sah. Ada yang angkat kaki meninggalkan pasangannya kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan si gadis. Namun, ada juga yang cuba bertahan hingga ke jinjang pelamin. Duit isteri hanya untuk dia sahaja, duit suami milik si isteri juga. Wahai lelaki jangan pening, pada yang baru bercinta, zaman sekarang memang tidak sama dengan zaman mak ayah kita.



Wanita sekarang ramai yang sudah bekerjaya, mempunyai wang sendiri, malah sudah mampu menyimpan dan memberi sebahagian kepada kedua ibu bapanya. Ramai si lelaki tidak mampu menyara dan memberi duit perbelanjaan. Sebagai ketua keluarga atau bakal mejadi ketua keluarga, anda harus bijak menguruskan bakal isteri anda. Malah jangan hanya tahu mengutuk dan mengkritik hobi pasangan anda, cuba untuk bertolak ansur dan boleh memberi solusi kepada mereka.

Maintenance tinggi, bukan bermaksud wanita tidak suka makan di kedai mamak. Cuba lihat di sekeliling kita, suasana dan keadaan. Adakah kita tinggal di Bandar Elite? Metropolitan dengan bangunan yang mencakar langit? Ataupun kita tinggal di kawasan yang sederhana, aman, tidak banyak kenderaan? Kadang kala keadaan sekeliling kita mempengaruhi minat kita.

Wanita suka kelihatan cantik bukan untuk orang ramai tetapi untuk keyakinan diri. Ramai yang membuat andaian barangan belanja sudah tentu beratus ribu hanya untuk diri sendiri. Berhenti berfikiran negatif! Mereka berusaha untuk kelihatan cantik dan menyimpan duit atau mencari tempat yang sesuai dengan bajet mereka. Spa bawah rm50 sudah tentu banyak pilihan untuk zaman sekarang dan tidak perlu ke tempat yang mahal.

Lelaki yang berfikiran rasional pasti akan tahu menilai dan boleh melihat daripada perspektif yang lebih luas. Sebab itu lelaki tidak berfikir secara emotional jika dibandingkan dengan wanita. Berbeza dengan lelaki yang mengeluarkan perbelanjaan hanya untuk kereta sebagai hobi. Namun, jika dalam perhubungan masing-masing faham kehendak pasangan, pasti tiada masalah. Jika anda sudah merancang untuk ke jinjang pelamin, bincang secara baik dengan pasangan. Bukan angkat kaki lalu tinggal si gadis itu keseorangan. Oleh sebab itu, wanita yang bekerjaya sekarang ramai yang keseorangan dan lebih suka begitu.

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen