Keutamaan Dalam Memberi Nafkah.

Melihat kepada situasi hari ini, ramai yang tidak memahami hierarki dalam memberikan nafkah terhadap keluarga. Yang mana perlu didahulukan, dan yang mana perlu dikemudiankan. Jika kita tidak mengambil berat akan hal ini, usah menyesal dikemudian hari kerana perkara ini perlu didalami dengan serius oleh seorang suami dan isteri.



Dalam Islam, Islam menuntut seorang suami untuk memberikan nafkah mengikut turutan tersebut:

1. Diri (keperluan suami)
2. Isteri
3. Anak
4. Bapa
5. Ibu
6. Cucu
7. Datuk
8. Saudara
9. Ahli keluarga seterusnya


Jadi, berdasarkan turutan tersebut, jelas seorang suami hendaklah mendahulukan isterinya terlebih dahulu seterunya barulah kepada turutan selanjutnya. Jika isteri seorang yang berkemampuan sekalipun, nafkah itu tetap perlu diberikan. Asingkan terus perbelanjaan tersebut, kemudian barulah diberikan kepada orang berikutnya agar tidak berlaku permasalahan dikemudian hari.


Banyak kes penceraian rumah tangga di Malaysia berlaku disebabkan hal ini. Oleh demikian, sang suami perlu lebih cakna mengenai nafkah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada suami dalam nafkah kepada ahli keluarganya dan dikira berdosa sekiranya mengabaikan tanggungjawab tersebut.

“Seseorang itu adalah berdosa jika mengabaikan nafkah ke atas orang yang ditanggung.”
[Riwayat Abu Daud]

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen