6 Tips Untuk Hubungan Yang Sihat Dan Berkekalan.

Apakah cara-cara untuk mengekalkan hubungan anda bersama pasangan, selain komunikasi yang sihat dan kejujuran di dalam hati? Jom baca!


1. Bercuti bersama.

Setelah penat bekerja, pasti anda mahu melepaskan tekanan di dalam tubuh badan supaya ia tidak tersimpan menjadi penyakit satu hari nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bercuti bersama pasangan, sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan mengambil cuti yang lama untuk menenangkan fikiran.

2. Dating atau makan malam bersama.

Setelah berkahwin, jarang pasangan dapat meluangkan masa untuk makan malam, menonton movie atau wayang, beriadah dan sewaktu dengannya. Ini kerana komitmen pada kerja yang tidak menentu. Jadi, pastikan anda berdua dapat meluangkan masa sekurang-kurangnya makan malam untuk mengukuhkan lagi hubungan.



3. Berkongsi maklumat yang penting bersama.

Tidak kira isu yang baik mahu pun buruk, sentiasa berkongsi dengan pasangan. Jangan membelakangkan pasangan anda, kerana mahu menjaga hati. Jika pasangan dapat tahu melalui orang lain, sudah tentu mereka akan terkilan dan berkecil hati.

4. Hadapi segala cabaran sebagai satu pasukan!

Ingat! Anda dan pasangan adalah satu pasukan. Bukan ‘saya’ mahu pun ‘awak’ tetapi sentiasa menggunakan ‘kita’. “Kita sebagai satu pasukan perlu hadapi cabaran ini” dan daripada situasi begini, anda mampu melihat sejauh mana si dia dapat mengendalikan tekanan mereka.



5. Sentiasa bincang tentang kewangan bersama.

Duit adalah perkara yang paling penting untuk anda dan pasangan mengekalkan hubungan. Ketelusan atau anda boleh berkongsi apa sahaja tentang kewangan termasuk bagaimana anda mengendalikan simpanan adalah amat penting di dalam perhubungan.

6. Meluangkan masa bersama untuk hobi masing-masing.

Jangan berkata seperti “Hobi awak, hobi awak, hobi saya awak tak payah masuk campur”! Untuk mengukuhkan hubungan hingga berkekalan, jangan sekat hobi pasangan dan anda perlu mengambil tahu tentang hobi mereka. Tidak salah untuk melibatkan diri dan meluangkan bersama melakukan hobi pasangan.



 

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen