Apabila Seorang Gadis Itu Mula Menyukai Anda.

Apabila menyukai seseorang dari jauh itu agak menyukarkan. Lebih-lebih lagi apabila seseorang yang disukainya itu tidak tahu akan apa yang dirinya rahsiakan. Dia mahu mendekati anda secara berlebihan tetapi dia takut jika anda tidak menyukai dirinya. Tetapi, dirinya mengambil langkah lain untuk cuba memikat anda secara senyap. Berikut adalah beberapa perkara yang akan dilakukan oleh seorang wanita apabila menyukai anda.
1. Mendengar dirinya menyebut nama anda di hadapan rakannya.
Mengapa nama anda akan disebut apabila dirinya tidak mempunyai kaitan dengan anda? Ia mungkin sesuatu yang buruk atau pertanda yang baik untuk anda. Jika anda mendengar kata yang baik, maka bergembiralah anda. Tetapi jika sebaliknya bagaimana?
2. Biarkan dirinya bersedia untuk anda.
Dirinya akan bersedia meluangkan masa untuk anda apabila anda menegurnya dalam apa jua keadaan. Bukan itu sahaja, dirinya mengusik anda untuk membawanya keluar bersama anda. dia hanya memberi hint untuk bersama dengan anda.
3. Merendahkan suaranya apabila berhadapan dengan anda.
Nada suaranya berubah apabila berhadapan dengan anda. Sedangkan apabila bersama rakannya, nada suaranya berlainan. Ia juga mengeluarkan suara dengan perlahan kerana malu akan anda.
4. Meniru kebiasaan anda.
Menurut kajian seseorang yang saling meniru adalah mereka mula saling tertarik. Jika anda sedar, dirinya akan mula meniru kata-kata atau tabiat anda. Dia melakukan itu secara sedar. Dirinya lakukan semua perkara ini kerana minat terhadap anda.
5. Meluangkan masa bersama anda.
Seorang wanita biasanya akan sukar menerima ajakkan daripada lelaki yang kurang mereka minat. Tetapi berlainan pula dengan dirinya. Dia bersedia untuk meluangkan masa bersama anda walaupun pada ketika dirinya sedang sibuk.
Wanita ini biasanya akan menyembunyikan perasaan mereka dahulu, sebelum mengenal pasti tiada sesiapa yang sedang menjalinkan hubungan dengan anda. Bukan itu sahaja, mereka juga lebih menjadi terdedah apabila menyukai anda.
Tinggalkan Komen