Jom Kenali Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita.

Selalunya kita lihat ciri wanita idaman lelaki, jadi bagaimana dengan lelaki yang menjadi idaman wanita. Lelaki seperti ini selalunya akan anda dalam list setiap wanita. Mana tidaknya, dah nama pun lelaki idaman. Berikut adalah ciri-ciri lelaki idaman.



1. Beriman.

Ini adalah paling diidamkan setiap wanita. Mereka yang beriman ini pasti akan membimbing wanita yang menjadi isterinya. Siapa yang tak nak masuk syurga sama-sama dengan suaminya bukan.

2. Pandai ambil hati orang tua.

Restu ibu bapa itu penting, jadi calon suami mestilah kena pandai ambil hati orang tua. Barulah satu hubungan yang dijalani itu lebih mudah dan bahagia.

3. Menghormati anda.

Calon suami yang baik adalah seseorang yang mampu menghormati anda dengan baik. Bukan apa, seorang wanita layak dilindungi, maka dengan menghormati anda mereka tahu bahawa anda adalah insan yang lemah.



4. Seorang yang jujur dan amanah.

Apabila diberi kepercayaan mereka ini tidak mengkhianati anda, manakala apabila melakukan kesalahan mereka ini akan berterus terang kepada anda. Lelaki seperti ini yang tidak akan mudah menggoyangkan emosi anda.

5. Pandai ambil hati anda.

Apa guna jika mendapat calon suami yang baik tetapi tidak pandai mengambil hati anda. Dengan bergurau mesra ia mudah membuat hati anda terpikat dengannya. Bukan hanya itu, anda juga akan rasa gembira apabila dengannya.

Jangan risau apabila memikirkan hal ini. Apabila jodoh anda telah tiba, mereka juga akan mempunyai ciri-ciri seperti ini.



Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen