6 Jenis Pergaduhan Yang Hanya Akan Membuat Hubungan Berakhir Dengan Perpisahan.

Pergaduhan ini boleh membawa kebaikan ataupun keburukan. Di mana ia boleh membuat kita mengenali pasangan kita, dan sebaliknya pula ia boleh membawa kepada perpisahan. Pergaduhan yang membuat kita semakin mengenali pasangan biasanya adalah pergaduhan yang remeh, manakala pergaduhan yang besar punca perpisahan. Berikut adalah jenis-jenis pergaduhan yang boleh membawa kepada perpisahan.



1. Pergaduhan melibatkan kewangan.

Sesiapa sahaja boleh bergaduh mengenai wang. Hal ini kerana wang begitu penting pada waktu ini. Wang mampu mengalahkan kasih sayang dan perasaan cinta. Tetapi kerana wang juga anda akan kehilangan orang yang anda sayangi. Cari kata sepakat yang elok untuk membantu pendapatan kalian, bukanya bergaduh mengenai perkara yang sama hingga berpisah.

2. Pergaduhan kerana curang atau orang ketiga.

Berlaku curang itu sudah salah dan menyakiti pasangan serta yang paling teruk lagi, anda kerap kali mengulangi perbuatan tersebut. Mana lah pasangan anda tidak sakit hati dan kecewa. Sudah pasti dia mahukan perpisahan daripada anda.

3. Menghina pasangan ketika bergaduh.

Marah macam mana pun ketika anda bergaduh dengan pasangan, jangan pernah sesekali menghina dan merendahkan dirinya. Anda juga dilarang menggunakan kata-kata kesat terhadapnya. Hal ini akan membuat dirinya semakin sukar untuk redakan perasaan marahnya.


4. Pergaduhan yang melibatkan ahli keluarga.

Rasa tidak senang dengn ahli keluarga pasangan mungkin tidak boleh dielakkan. Jika dirinya tidak menyukai ahli keluarga anda dan sebaliknya, ia pasti sukar untuk diselesaikan. Itu belum lagi jika ibu bapa masing-masing masuk campur dalam hubungan kalian. Pasti kalian tiada jalan lain selain perpisahan.

5. Kerap meminta perpisahan.

Apabila berlaku perselisihan faham sedikit, mula lah anda atau pasangan inginkan perpisahan. Sedangkan anda atau dirinya hanya mahu pasangan itu memujuk sahaja tetapi anda merasakan dengan menyatakan perpisahan itu akan membuat dirinya memujuk anda. sekali dua mungkin dirinya akan memujuk tetapi apabila kerap sangat berlaku mungkin perpisahan yang akan diberikan.

6. Pergaduhan kerana cemburu berlebihan.

Bergaduh hanya kerana cemburu tidak akan ada penyelesaian, melainkan diri sendiri yang mahu berubah. Berhati-hati dalam hubungan itu perlu, tetapi jika sudah terlalu melampau itu akan menyebabkan pasangan anda berasa rimas.

Antara pergaduhan ini mungkin tiada penyelesaian bagi anda, tetapi setiap masalah yang timbul pasti akan boleh selesai secara baik. Semuanya bergantung kepada anda dan pasangan, jika kedua-dua tidak mahu mengalah itu lah yang menjadi punca perpisahan.

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen