Adakah Anda Mahu Berkahwin Kerana Cinta Atau Nafsu? Jom Baca.

Kadang-kala sebagai manusia, kita seperti lalai. Tidak tahu untuk membezakan antara cinta atau pun nafsu. Apabila mengenali seseorang, kita mahu berkenalan hanya kerana tertarik pada paras rupa, bentuk tubuh atau semata-mata hanya mengisi kekosongan hati.



Keinginan untuk memiliki si dia, tidak dapat dipastikan sama ada cinta atau menurut hawa nafsu sahaja. Jadi, jom ketahui antara 2 perkara ini seperti berikut…

1. Apabila untuk melayari alam perkahwinan, hubungan anda dengan si dia bukan sahaja bergantung daripada tarikan magnet sahaja seperti awal perkenalan.

Ketika ini anda mahu tahu adakah si dia teman sejati yang dapat meneguhkan kapal pelayaran, atau pun tidak. Jika anda berkahwin dengan hanya mengharap si dia sahaja mengisi kekosongan kapal tersebut tanpa bantuan anda. Kapal itu pasti tidak dapat belayar. Itu lah konsep perkahwinan.



2. Apabila si dia bahagia, anda pun turut bahagia.

Jika anda berkahwin dengan si dia hanya kerana hawa nafsu, anda hanya mementingkan kebahagiaan diri sendiri sahaja. Anda terlalu pentingkan diri sendiri kerana anda mahu keinginan dan keperluan anda sentiasa terlaksana tanpa memikirkan 2 perkara ini untuk si dia.

Jadi, jika benar anda cinta pada si dia, anda memberikan kebahagiaan kepada si dia dan dalam pada masa yang sama, anda juga turut merasai kebahagiaan tersebut.



3. Perkahwinan bukan untuk penuhi kemahuan hati sendiri.

Perkahwinan adalah tentang pasangan anda. Apabila berkahwin, matlamat anda sepatutnya adalah untuk buat dia gembira, untuk tengok dia senyum setiap hari, untuk buat dia ketawa setiap hari.

4. Kahwin kerana nafsu membuatkan anda sentiasa memikir “Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini?”

Tetapi perkahwinan kerana cinta pada si dia membuatkan anda tidak lalai pada Allah SWT, pentingnya si dia sehingga anda merasakan perlu untuk hargai dan hormati mereka, peka terhadap kemahuannya, keperluannya, harapannya dan cita-cita dia.



5. Kahwin kerana nafsu apabila anda sentiasa ego pada pasangan.

Anda bersikap dingin dan ego. Apabila anda mempunyai wang, pangkat serta harta yang lebih daripada si dia, akan terlahir ego di dalam diri. Jadi, lihat pada diri anda apabila bersama dengan si dia.

Kesimpulannya jangan lah menganggap mencintai seseorang kerana nafsu itu adalah dengan melakukan hubungan intim sahaja. Ia juga melibatkan nafsu terhadap duniawi. Terlalu alpa dengan duniawi sehingga anda sanggup mementingkan diri sendiri. Dicintai dan mencintai adalah apabila anda sama-sama memberi dan menerima. Tidak lebih dan tidak kurang.



 

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen