Hukum Seorang Isteri Bekerja Menurut Islam (Bahagian 1)

Dengan perubahan zaman, ramai wanita yang bekerjaya, mempunyai pendapatan tetap dan mampu untuk berdikari tanpa tanggungan ibu bapa. Tidak kira sama ada bekerja di luar rumah atau pun di dalam rumah. Wanita berjaya untuk menceburi pekerjaan tersebut berbanding dengan lelaki.



Menurut kitab Al-Qur’an juga ia sudah diperjelaskan bahawa setiap manusia itu hendaklah mencari rezeki dengan cara bekerja seperti Allah SWT telah berfirman;

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".(Al-Qasas :77)

Dalam seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 32, ia dijelaskan bahawa setiap manusia termausk wanita berhak untuk bekerja dan mendapat ganjaran yang setimpal apa yang mereka telah lakukan. Menurut islam juga, hukum wanita yang bekerja adalah mubah atau diperbolehkan dengan beberapa pendapat Ulama’.



MUBAH ATAU DIPERBOLEHKAN

Sebahagian daripada golongan Ulama’ berpendapat dengan tidak melarang wanita untuk bekerja diluar rumah, asalkan mereka memahami syarat-syarat yang membolehkan wanita bekerja dan mereka dapat memenuhinya.

Syarat-syaratnya seperti berikut…

1. Menutup aurat.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 dimana seorang wanita haruslah menjaga kehormatan dirinya dari pandangan nafsu seorang lelaki. Jangan lah seorang wanita itu keluar daripada rumah sehingga nampak perhiasan di dalam tudungnya seperti anting-anting di telinga, rantai dileher kecuali pada mahramnya sahaja.

Mereka wajib menutup aurat kecuali bahagian yang boleh nampak sahaja seperti wajah dengan telapak tangan.



2. Dapat menghindarkan diri daripada fitnah.

Wanita yang bekerja diluar rumah wajib untuk menutup aurat kerana untuk mengelakkan diri dari difitnah. Situasi ini bermaksud, jika di dalam pejabat tersebut mempunyai lelaki dan wanita bercampur dan bergaul bebas. Oleh sebab itu, wanita dimuliakan di dalam islam adalah mereka yang dapat terhindar daripada fitnah dan bahaya yang bakal muncul di luar rumah.

3. Wanita yang tidak lupa melakukan kewajipan dirumah.

Hukumnya adalah diperbolehkan seorang isteri untuk bekerja diluar rumah sekiranya mereka tidak lupa tanggung jawab menguruskan hal rumah tangga. Dimana mereka tidak lalai untuk menjaga suami dan anak-anaknya sendiri. Jika mereka tidak mampu masak untuk keluarga, dan suami yang menolong menguruskan semuanya, maka jangan lah membebani suami dengan emosi yang terjejas.

Jika si suami sudah masak, mungkin giliran anda untuk membasuh pinggan atau mendidik anak-anak pula. Begitulah keluarga yang saling melengkapi dan harmoni.



 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen