Jika Mahukan Hubungan Yang Berkekalan, Jangan Sesekali Sebut Tentang Perpisahan.

Setiap pasangan pasti ada pasang surutnya dalam hubungan. Mustahil setiap pasangan tersebut tidak melalui frasa pergaduhan. Setiap orang pasti akan melalui pergaduhan yang lama atau dalam masa yang singkat. Tetapi jika ia sudah berlanjutan dengan agak lama sudah tentu fikiran pasangan akan mula mengandaikan tentang perpisahan.

Setiap kali bergaduh sahaja, pasti mahu putus. Setiap kali bertengkar, pasti perpisahan adalah perkara pertama yang akan difikirkan. Jika sikap ini tidak diubah sejak awal perkenalan, adakah anda pasti hubungan yang berkekalan itu akan diakhiri dengan kebahagiaan?



Oleh itu jangan lah sesekali mengungkapkan perpisahan. Jangan ungkapkan kata-kata sebegitu ketika hati tengah marah atau pun sedih, takut nanti menyesal dikemudian hari. Bila dah menyesal nak putar masa pun tidak boleh. Menangis air mata berdarah sekalipun, pasti tidak akan dapat kembalikan masa yang lalu.

APA YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA SENTIASA SEBUT TENTANG PUTUS?

1. Hubungan yang terjalin sekarang seperti tiada kejujuran.

Apabila anda atau pasangan sering sahaja sebut tentang putus, pasti salah seorang akan cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripada anda.  Ini kerana tidak mahu bergaduh sehingga putus hubungan. Jadi untuk elakkan daripada selalu menyebut tentang perpisahan, anda atau pasangan juga akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang menjurus ke arah tersebut. Anda lebih selesa tidak berlaku jujur.



2. Jarang melakukan aktiviti bersama.

Oleh kerana mahu mengelakkan pergaduhan sehingga perpisahan, anda berdua seperti lebih rela tidak berjumpa. Bukannya tiada masa untuk melakukan aktiviti bersama seperti makan malam atau menonton wayang, tetapi apabila bertemu ada sahaja yang tidak puas hati dalam diri masing-masing. Lalu sudah pasti anda berdua akan bertelingkah sehingga hilang mood untuk bersua.

3. Hubungan yang terjalin di atas kepura-puraan.

Apabila tiada lagi kejujuran dan kepercayaan antara kalian berdua, kemudian jarang pula melakukan aktiviti bersama, sudah tentu sebenarnya hubungan anda berlandaskan pada kepura-puraan sahaja.  Jika terlalu kerap tidak jujur dan tidak bersua muka,jadi apakah motif hubungan kalian berdua diteruskan lagi? Adakah lakonan semata-mata?

Jadi, usahlah terlalu ego untuk tidak selesaikan masalah di antara kalian berdua. Fikirkan lah bahawa perpisahan itu adalah perkara negatif. Jika kata-kata dan sangkaan sentiasa negatif sahaja, sudah tentu hubungan kalian berdua tidak kemana. Hubungan yang terjalin hanya tahap sebegitu sahaja sehingga membosankan.



 

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen