Jom Ketahui 5 Alasan Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok Sebelum Berkahwin.

Menurut kajian, mereka yang tidak merokok tetapi terdedah dengan asap rokok adalah lebih berbahaya 3 kali ganda daripada mereka yang PEROKOK tegar. Kajian daripada WHO, wanita yang memiliki suami yang merokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk menghadapi barah paru-paru.

Ada sebahagian wanita menganggap lelaki yang merokok ini kelihatan seksi dan terserlah kelakian mereka. Namun, disebalik keseksian dan kelakian lelaki tersebut, ia boleh meragut kesihatan orang sekeliling dengan perlahan-lahan. Memang ia tidak akan terlihat pada masa yang terdekat, tetapi 10 tahun akan datang? 5 tahun? 20 tahun mungkin? Tiada siapa yang tahu…

Di sebalik meragut kesihatan pasangan, terdapat banyak alasan untuk anda berhenti merokok sebelum berkahwin, antaranya…

1. Duit.

Anda sudah tahu bagaimana dengan ekonomi nagara anda bukan? Harga barang yang semakin meningkat, kos sara hidup amatlah memeningkan kepala masyarakat. BUANG FIKIRAN TIDAK MATANG ANDA dengan mengatakan “Alahhh stress lah, sebab tu merokok..”.

Kerana itu pentingnya untuk membuat akaun perbelanjaan sendiri, supaya anda boleh melihat BETAPA RUGI BESARNYA anda, masakan boleh meminang gadis tercinta dengan cepat, tetapi perlu dilengahkan akibat dengan SIKAP EGO DAN DEGIL dari diri sendiri.

2. Kesihatan sendiri.

Majoriti mereka yang merokok tidak merasa sakit dalam tubuh badannya sendiri sehingga dalam jangka masa yang tertentu. Kemungkinan pada umur yang telah meningkat, dan sering keluar masuk hospital. “Alahhhh…sakit tua je ni…” Jika daripada usia muda tidak memandang berat tentang kesihatan, sudah tentu anda akan merasa perit dan menyusahkan orang ramai kerana sikap degil anda yang dahulu.

Kaum lelaki yang menjadi perokok tegar, kemungkinan besar akan menghadapi penyakit mati pucuk. Wanita pula, akan mengalami kerosakan pada organ peranakan. Kedua-dua situasi telah ternyata jelas menunjukkan, merokok adalah salah satu punca anda sukar untuk melahirkan atau mendapatkan anak.

3. Bau.

Ketahuilah bukan sahaja bau asap rokok yang tidak menyenangkan, malah bau mulut perokok juga, Masya Allah. Jika mahu menegur, kena tempelak pula. Jadi, bagaimana untuk menegur para perokok tegar yang maha degil ini?

4. Kehamilan.

Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.

5. Untuk masa hadapan.

Merancang untuk berkahwin bermaksud, anda tidak boleh adanya sifat KEPENTINGAN DIRI. Perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, bukannya CINTA semata-mata untuk mengekalkan hubungan sehingga selamanya. Jadi, fikirkan hati dan perasaan pasangan supaya mereka tidak rasa tersisih hanya sebabkan rokok sahaja.

Malah, jika anda tidak menjaga kesihatan mula dari sekarang, fikirlah betapa sukarnya orang ramai kelak untuk biayai kos rawatan di hospital dan sebagainya. Anda sakit, anda akan melibatkan keluarga terdekat. Memanglah ada orang kata, apabila berkahwin susah senang biarlah bersama. Tetapi, kalau sendiri yang cari penyakit dan tidak ada rasa kasihan pada diri sendiri dan pasangan, salah siapa ya?

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen