“Berkenalan Hanya Beberapa Bulan, Terus Melangkah Ke Alam Perkahwinan.” Adakah Ia Hubungan Yang Selamat?

Apabila usia semakin bertambah, sudah pastilah tempoh berkenalan ini tidak perlu memakan masa yang lama. Mana tidaknya, jika tempoh tersebut terlalu lama, sudah pastilah usia semakin meningkat. Dan sudah tentu lah, sampai bila-bila seseorang itu tidak mampu memahami pasangannya dengan baik melainkan jika mereka sudah tinggal sebumbung dan tidur sebantal. Jadi adakah perkenalan yang semantara ini akan memberi kebahagiaan selepas berkahwin?



Tempoh perkenalan sudah pasti lah bukan terlalu lama dan bukan terlalu sekejap. Jika terlalu lama, ia juga mampu membuat seseorang berubah hati, manakala jika terlalu singkat tempoh perkenalan ia mungkin memberikan kesan yang buruk. Jadi ia perlulah seimbang, tidak perlu lama dan jangan terburu-buru.

Yang menjadi persoalan bagi mereka yang berkenalan dalam tempoh yang singkat sudah pasti, seperti adakah mereka mempercayai satu sama lain? Bolehkah mereka menangani konflik dan tekanan dengan baik?



Ada yang berpendapat jika perkenalan terlalu singkat mereka ini tidak boleh benar-benar melihat, memerhatikan atau mengenali pasangan mereka dengan betul, sebaliknya mereka dibutakan oleh cinta yang ghairah sehingga pasangan itu kelihatan begitu sempurna. Tiada salah yang boleh dilihat pada pasangan mereka.

Berbanding dengan mereka yang berkenalan dengan lama, mereka ini sudah mempercayai pasangan mereka serta memahaminya dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan telah melalui beberapa konflik dalam tempoh perkenalan tersebut, jadi tidak mustahil mereka mampu tanganinya selepas berkahwin.

Namun begitu, ia bergantung kepada pemikiran seseorang itu. Jika baik yang difikirkan maka baik lah yang diperolehinya begitu juga sebaliknya. Cepat atau lama satu tempoh perkenalan untuk berkahwin itu semua telah diatur oleh-Nya. Jadi semua perkara yang berlaku itu pasti mempunyai hikmah yang tersendiri bukan.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada perjalanan hidup serta jodoh yang telah ditetapkan. Ada orang perlu lalui pelbagai perkara untuk berjumpa dengan jodohnya dan ada pula yang tidak.



Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen