5 Sebab Lelaki Perlu Membiarkan Pasangannya Menangis. Nombor 5 Itu Pasti Anda Tidak Percaya!

Wanita dan air mata pasti tidak dapat dipisahkan kerana wanita memiliki jiwa yang amat sensitif. Semua perkara yang dilihat, ditonton atau dirinya sendiri mengalami situasi tersebut, pasti mudah sahaja air mata jatuh berlinangan. Melihat kegembiraan rakannya berkahwin juga, mampu membuatkan air matanya jatuh kerana tumpang kebahagiaan.

Namun, ada sahaja lelaki yang tidak suka apabila melihat pasangannya menangis. Malah menengking pula menyuruh pasangannya berhenti menangis, kerana bagi mereka tangisan itu seperti lakonan semata-mata. Dan merimaskan. Perlu diingatkan tangisan seorang wanita bukan kerana sedih semata-mata, tetapi ia adalah cara mereka meluahkan perasaan.

Selain meluahkan perasaan melalui lisan, tangisan juga adalah kaedah untuk wanita meluahkan perasaan tanpa berkata-kata. Jadi, ini 5 sebab lelaki perlu membiarkan wanita menangis menurut kajian…

1. Untuk meningkatkan kembali mood.

Air mata yang keluar dapat memulihkan mood seseorang. Meningkatkan kembali mood menjadi lebih tenang, nyaman, dan boleh tersenyum kerana tangisan yang dilepaskan sebenarnya mengandugi zat endorfin. Zat ini terhasil untuk seimbangkan kembali mood seseorang ke tahap yang normal. Oleh kerana itu, selepas sahaja menangis, setiap individu akan berasa lega.

2. Untuk menghilangkan tekanan.

Menurut kajian tangisan bukan sahaja dapat meningkatkan mood seseorang, bahkan dapat menghilangkan tekanan. Seperti anda sudah ketahui, wanita adalah insan yang lemah dan cepat berasa murung. Jadi, apabila mereka menangis, air mata tersebut dapat membantu untuk menurunkan hormon tekanan jiwa ititu kartisol. Malah, tekanan darah juga menurun sehinggalah mereka berasa lega dan tenang.

3. Untuk mengeluarkan ‘racun’.

Menurut kajian, air mata juga adalah salah satu racun dalam badan manusia yang boleh membuatkan ‘swing mood’. Jika anda tahu , mengapa anda perlu detoks badan untuk mengeluarkan toksid dalam badan melalui peluh, sama juga seperti air mata. ‘Racun’ ini perlu dikeluarkan, supaya tubuh badan lebih ‘ringan’ dan menjadi harmoni.

4. Untuk menyihatkan mata.

Menurut kajian lagi, tangisan mampu melembabkan mata dan mencegah dehidrasi pada selaput mata. Selain itu air mata juga bantu mengeluarkan kotoran dan debu yang telah menapak lama di celah-celah bebola mata. Sama fungsinya dengan ubat mata, menangis boleh menjernihkan kembali penglihatan.

5. Untuk membunuh bakteria.

Secara saintifik, air mata mengandungi cairan “lysozyme” yang mampu membunuh bakteria hingga 59%. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi properti anti-mikrobaa yang dapat melindungi tubuh.

Kesimpulannya,menangis bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dalam badan, bahkan dapat menyihatkan tubuh badan! Jadi, jangan lah memarahi sekiranya isteri atau teman wanita anda menangis. Lelaki menangis pun apa salahnya.

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen