7 Nasihat Perhubungan Yang Perlu Anda Ikuti.

Ketika menjalinkan perhubungan sudah pasti lah ramai yang terlalu teruja melayan saat-saat bahagia bersama. Hubungan yang dibina itu tidak akan sentiasa bahagia selamanya tanpa perlu ada ujian dan cabaran bagi menguji cinta kalian berdua. Jadi walaupun sedang teruja merasai kebahagiaan bersama, kalian harus bersedia untuk menghadapi sebarang dugaan.



Mungkin pada awal perhubungan kalian akan merasakan kebahagiaan itu, tetapi bagaimana selepas 5 atau 6 bulan, sudah pasti ia akan berubah bukan. Jadi mari lihat perkara yang perlu anda fikirkan secara mendalam apabila masalah-masalah tersebut timbul.

1. Jangan pernah abaikan pesanan mesej pasangan.

Hubungan yang telah lama mungkin akan menyebabkan kurang untuk membalas mesej pasangan anda. Mana tidaknya, masing-masing sudah tahu akan rutian harian pasangan. Tetapi anda harus juga membalasnya walaupun dalam apa jua keadaan. Jangan mengabaikannya.

2. Bergaduh bukan untuk menang.

Pergaduhan pasti akan berlaku dalam perhubungan, dan ketika bergaduh pasti masing-masing akan cuba untuk mempertahankan diri masing-masing. Mana tidaknya pasti kalian tidak mahu mengaku salah. Tetapi anda perlu ingat bergaduh adalah untuk mencari penyelesaian bukan bukan hubungan renggang.

3. Mengabaikan masa bersama.

Walaupun kalian kerap berjumpa antara satu sama lain, jangan biarkan anda habiskan masa dengan melakukan perkara yang sia-sia. Sebagai contoh, kalian berjumpa tetapi masing-masing sibuk dengan telefon bimbit. Hargai masa anda bersama, mana tahu selepas ini kalian berjauhan.



4. Jangan buka aib pasangan.

Sekarang ini semua perkara dihujung jari, jadi pasti terlalu mudah untuk meluahkan perasaan dan rasa tidak puas hati anda. Walau apa pun yang ada rasakan, jangan pernah menceritakan aib pasangan, tidak kira lah di media sosial ataupun bersama rakan anda.

5. Sentiasa sokong pasangan.

Hidup ini umpama roada, kadang di atas kadang dibawah. Tapi itu bukan bermakna anda perlu tinggalkan dirinya di dalam kesusahan serta kesulitan. Berikan sokong anda tidak kira lah apa jua pun keadaannya waktu itu.

6. Minta maaf dan memaafkan.

Setiap orang ada perasaan ego mereka yang tersendiri. Tetapi jika terlalu sangat melayani ego itu ia pasti tidak membuahkan hasil. Jadi buang sedikit ego itu untuk memaafkan dan memohon maaf kepada pasangan.

7. Bersabar antara satu sama lain.

Semakin banyak kita tahu pasal pasangan sudah pasti makin jemu dan menyampah dengannya. Tapi anda perlu belajar untuk sabar dan cuba untuk fahami pasangan, kerana itu lah diri mereka.

Menjalinkan hubungan ini bukan hanya akan rasa bahagia sahaja, tetapi banyak rasa yang akan menguji diri anda. Jika anda tidak kuat untuk bertahan maka sia-sialah masa yang anda berikan itu.



Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen