“Elakkan Membuat Wedding Of The Year Dengan Pinjaman Peribadi..” Tegur Lelaki Ini.

Apabila memikirkan tentang pernikahan dan perkahwinan, pasti mudah diserang migraine kerana bakal mengeluarkan duit yang banyak. Dengan kos yang menelan beribu-ribu perbelanjaan, pasti membuatkan semua pasangan terfikir-fikir “Adakah benar keputusan yang dibuatnya sekarang?”

Jika tidak kuat jati dirinya, pasti ada sahaja yang menarik diri, lebih kurang memutuskan pertunangan atau hubungan. Jadi, mari ikuti tips dari Amir Syahir untuk selamatkan duit kita daripada perkara yang tidak sepatutnya…

1. Simpan dulu baru belanja. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan yang kau ada.

2. Beli kereta biar padan dengan gaji. Jangan duk beli kereta import mewah melebihi kemampuan diri. Ansuran bulanan tinggi habis separuh gaji kau nanti.

3. Jangan asyik sangat dengan modified kereta. Duit gaji habis begitu sahaja. Kereta kau gembira, simpanan kau berduka.

4. Jangan terus nak menggelupur dengan perkataan 'SALE' yang tergantung sana sini. Kalau tak perlu, tak payah beli.

5. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesihatan. Perlindungan takaful jangan diabaikan.

6. Elakkan berhutang yang tak perlu. Misalnya berhutang untuk beli sofa empuk atau iPhone terbaru.

7. Beli secara tunai. Jangan suka sangat berhutang sini sana. Tak lena tidur dibuatnya.

8. Jangan nak melepak di pasar raya setiap minggu. Keluar jika ada hendak membeli barang yang perlu.

Jangan belikan emas, telefon pintar atau barang yang mahal untuk kekasih hati selagi belum bergelar suami dan isteri.

10. Mulakan amalan menabung daripada sekarang. Jangan umur 40 barulah nak menabung.

11. Buat senarai sebelum membeli barang. Kalau tak semua nak borong.

12. Jangan setiap hari nak 'rewards yourself' kononnya. Tapi selalunya separuh gaji jugaklah kau belanja. Nak lepak kat kedai makan mewah sahaja.

Buat hobi yang boleh bagi pendapatan. Barulah bahagia masa hadapan.

14. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit supaya kurus dan dapat pakai baju kebaya. Pasangan yang power boleh terima kau seadanya.

15. Jangan tergila-gilakan barang berjenama sahaja. Barangan tempatan apa kurangnya.

16. Jangan asyik merungut tentang kos sara hidup masa kini. Ubahlah gaya hidup dan cara perbelanjaan diri sendiri.

 Elakkan buat "Wedding Of The Year" jika guna pinjaman peribadi. Anak dua pun belum habis bayar lagi.

18. Jangan nak lawan jiran sebelah rumah ataupun rakan sebelah meja. Mereka mungkin asal daripada keluarga yang berada.

19. Bercuti dalam negara pun syok juga. Kalau bercuti luar negara tinggi kosnya.

20. Jangan percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia selalu tunjuk dan pujuk kau dengan wang yang banyak dan kereta mewah. Itu semua belum tentu kepunyaannya.

21. Elakkan membeli tudung edisi terhad yang dijual oleh artis sahaja. Tuhan suruh kau tutup aurat je. Mahal murah bukan ukurannya.

23. Elakkan membuat hutang peribadi untuk pergi travel semata-mata. Lepastu bina hutang kad kredit untuk beli IPhone, Go Pro, DSLR hanya untuk bergambar dan up di Insta.

24. Gunakan sahaja kad debit kalau risau dengan hutang kad kredit.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen