Tubuh Lesu Selepas Majlis Perkahwinan, Ini Tips Pulihkan Tenaga Dengan Segera.

Apabila selesai sahaja majlis perkahwinan, sudah pastilah badan akan berasa letih dan lesu kerana telah bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan perkahwinan. Bukan itu sahaja, pecutan ketika majlis hampir tiba itu lebih meletihkan berbanding pada hari persiapan yang lain.

Jadi apabila tamat sahaja majlis maka, rasa lesu dan letih pada tubuh badan itu dapat dirasai. Bukan sebelum majlis sahaja memerlukan tenaga untuk melangsungkan majlis, selepas majlis juga perlukan tenaga yang cukup untuk selesaikan perkara selepas majlis. Sebab itu lah pentingnya untuk memiliki tubuh badan yang kekal cergas.



Berikut adalah beberapa cara untuk tubuh badan kekal cergas selepas majlis perkahwinan berlangsung.

1. Minum tea hijau.

Minuman ini dikatakan kaya dengan khasiat serta ia juga diamalkan oleh kaum cina. Ia dikatakan mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan serta minda kerana ia kaya dengan antioksida. Bukan itu sahaja, mengamalkan minuman ini juga membantu mengurangkan kadar gula dalam darah anda.

2. Mandi air panas.

Dalam badan yang terasa letih ini pasti terasa segar sekiranya tubuh badan terkena air yang begitu menghangatkan. Jadi campurkan air panas berserta air berkeadaan normal untuk memperolehi air dalam keadaan suam. Ia dikatakan membantu melegekan kaki yang penat sekaligus membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.



3. Minum air limau .

Mengamalkan minuman air limau atau lemon sebelum tidur juga dikatakan turut membantu badan yang letih berserta lesu. Jika anda mengamalkan minuman ini ketika waktu malam ia membantu anda untuk bangun tidur dalam keadaan yang lebih cergas dan segar.

4. Berurut.

Perkara yang menjadi pilihan apabila badan terasa letih dan penat ini sudah pasti lah berurut. Selain dapat memberikan rasa kelegaan yang segera ia juga dikatakan mampu menyegarkan kembali badan serta melancarlan peredaraan darah.

Perkara ini bukan sahaja boleh dilakukan selepas majlis perkahwinan sahaja, tetapi ia juga elok jika diamalkan selalu agar badan anda sentiasa kekal cergas dan aktif sepanjang hari. Selamat mencuba!



Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen