“Suami Tidak Sepatutnya Bersikap Perengus…”

“Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan”

Sering kita mendengar perumpamaan ini, bukan? Menyayangi isteri perlulah ditinggalkan, manakala menyayangi anak perlulah sentiasa memberi pringatan. Dengan cara menyayangi yang macam mana sebenarnya dimaksudkan? Adakah dengan menjadi suami yang perengus?

Adakah dengan menjadi seorang lelaki perengus, bengis dan suka marah-marah adalah tanda untuk menyayangi seseorang?

Sikap perengus dan bengis tidaklah digambarkan dalam Islam, dimana Rasulullah SAW sendiri tidak pernah pula memarahi atau mengherdik isteri-isteri dan anak-anaknya untuk berasa takut dengan dirinya sendiri. Namun, ia terbalik pula dengan masyarakat melayu, dimana para suami perlu menjadi perengus dan bengis sehinggakan para isteri dan anak-anak ketakutan untuk mendekati dirinya.

Suami perlulah menjadi pemimpin dihormati, bukan pemimpin ditakuti…

Tanamkan suasana dalam rumah yang penuh dengan kasih sayang dan perasaan cinta sesama ahli keluarga sendiri…

Seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad;

“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”.

Adakalanya romantisnya Rasulullah SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan 'Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa;

“Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. 'Aisyah berkata;

“Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku”

Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat 'Aisyah. Lalu baginda mendukung 'Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :

“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SA”'. (Bukhari dan Muslim).

Begitu juga isteri baginda sentiasa mendapat kucupan mesra daripadanya ketika ingin pergi ke masjid.

Baginda bukanlah seorang yang kaku dan keras. Walhal baginda mempunyai emosi tersendiri dimana isterinya sangat merindui ketika pemergiannya. Baginda amat menghargai isteri-isterinya dan sentiasa merubah keadaan yang sunyi kepada keriangan. Apabila isterinya berduka, baginda lah yang akan mengubat segala kedukaan dan kesedihan tersebut. Allah…

Diriwayatkan dari ‘Aisyah bahawa;

“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit” (Bukhari dan Muslim)

Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda juga meluangkan masa dengan isterinya dengan bersikap romantis seperti tahu untuk bergurau senda. Malahan baginda tidak akan terus marah pada isterinya jika berlaku persengketaan, tetapi isterinya dipujuk sebagai contoh ‘Aisyah, baginda akan menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung ‘Aisyah (Riwayat Ibnu Sunni)

Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW.

Jika berpoligami mahu mengikut sunnah Nabi SAW, kenapa dalam adat perkahwinan dan rumah tangga tidak mahu mengikut sunnah Nabi SAW? Jangan terlalu mengikut perasaan dengan ego yang tersendiri. Isteri dan anak-anak bukan tempat untuk si suami melempiaskan ego diri, isteri dan anak-anak adalah amanah Allah untuk dijaga dengan penuh kasih sayang.

 

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen