6 Kelebihan Orang Berkahwin.

FOKUS utama sesebuah perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah perhubungan yang asalnya haram. Pernikahan adalah ikatan gabungan kerjasama antara suami dan isteri. Berikut enam kelebihan individu yang berkahwin:



1- Menyempurnakan agama.

Saat si pengantin lelaki berjabat erat tangan imam atau wali kepada si pengantin perempuan dengan bersaksikan sekalian saksi, saat dia melafazkan ijab dan qabul saat itu jugalah sebahagian daripada agamanya telah sempurna.

2- Sunnah nabi-nabi terdahulu.

Abu Ayyub berkata Rasulullah SAW bersabda: 'Empat perkara daripada perlakuan sunnah rasul ialah bersifat malu, sentiasa berwangi-wangian, bersugi dan bernikah.' 



3- Jauhi larangan agama.

Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita berkahwin bukan hanya untuk membendung diri daripada melakukan maksiat, namun supaya hidup kita berteman sebagaimana hadis yang disabdakan Nabi SAW yang bermaksud Baginda SAW melarang umatnya bujang. Cuba bayangkan, betapa sunyinya hidup ini apabila berada berseorangan, makan seorang, tidur tiada berteman. Carilah jodoh itu. Insya-ALLAH akan ALLAH SWT hadirkan. Yang utama, jangan putus berdoa.

4- Jadi ummat kebanggaan Nabi SAW.

Apabila kita berkahwin pastilah akan ada cahaya mata bukan. Bukankah itu akan menambahkan dan meramaikan lagi umat Nabi SAW. Nabi SAW pernah bersabda:

'Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. Dan barangsiapa berkeupayaan hendaklah dia bernikah dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan hendaklah dia berpuasa kerana berpuas itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat.'



5- Terlaksananya sunnah Nabi SAW.

Perkahwinan itu adalah sunnah Nabi SAW. Aisyah berkata, Nabi SAW bersabda:

'Nikah itu adalah daripada sunnah yakni perlakuanku. Maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnahku dia bukanlah daripadaku.'

6- Elak maksiat

Akad nikah itu adalah suatu ijab dan kabul yang menghalalkan persetubuhan lelaki dan wanita. Ramai yang mengatakan, apabila berdua berasa seperti mahu melakukan sesuatu yang intim, maksudnya ada syaitan yang ketiga. Jadi bernikahlah, dengan bernikah di mana sahaja, bila-bila masa anda boleh menyentuh pasangan anda. Itulah sedikit sebanyak hikmah sesebuah ikatan perkahwinan. Teladanilah ia dengan sebaik mungkin. Jom tambahkan umat Nabi Muhammad SAW.

Anda masih keseorangan?

99 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan lebih daripada 5,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen