Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Yang Berikut.

Romantisnya bila kita melihat pasangan yang bercinta sedang bahagia di hadapan mata kita. Adakalanya kita pun boleh tersenyum sendiri apabila melihat gelagat pasangan tertentu. Namun begitu bagaimanakah cara untuk kita mengetahui jika pasangan itu benar-benar serasi atau tidak? Kadangkala baru sebulan bercinta dah macam-macam konflik melanda.
Jom kita kenali dan ketahui ciri-ciri yang sepatutnya ada pada setiap pasangan yang serasi:
1. Memiliki cita-cita dan masa depan yang serupa.
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
2. Menerima diri kita seadanya.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata si dia adalah pasangan yang serasi buat kita.
3. Menghormati ahli keluarga kita.
Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.
4. Susah senang bersama.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.
5. Berkongsi menanggung keluarga.
Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bahagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, ‘duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!’ Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin. Namun begitu, pendapat di atas hanyalah sekadar pendapat yang didapati daripada beberapa orang yang kami kenali. Sebenarnya kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha dan berdoa juga. Untuk serasi ini bukannya boleh makan setahun dua, kadangkala ia perlukan masa juga.
Tinggalkan Komen